Ahad, 9 Februari 2014

SIAKAP 3 RASA...

sebenarnya aku suka sangat oder siakap 3 rasa ni kalau makan di luar...oleh kerana mahal yang melampau-lampau...so kita kena pikir langkah penjimatan iaitu dengan masak sendiri...bagi aku takde la susah mana pun nak masak sendiri...tetapi vitamin M ni terlalu banyak so yang senang pun jadi susah...jom kita intai resepi siakap 3 rasa ni...aku pakai agak2 jer kuantiti bahan tu...jom kita intai2

SIAKAP 3 RASA....


BAHAN- BAHAN

Ikan Siakap  yang siap digoreng ...wajib la kan dah nama pun siakap...tp nak tukor ikan lain pun boleh..ikut hangpa la nak guna ikan apa pun asal jangan ikan masin..hehehehehehe

BAHAN UNTUK KUAH 3 RASA

Cili Giling ( cili boh )- aku guna dalam 3 sudu besar
Bawang putih - ditumbuk
Bawang Merah - ditumbuk
sebatang timun ( potong kiub )
Nenas ( potong kiub )
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
Daun ketumbar dihiris- sedikit jer bagi wangi...
Cili padi ( dipotong halus)

CARA- CARA

Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi dan masukkan cili boh...nak pedas boleh lebihkan. Masak hingga cili boh tu pecah minyak dan masukkan sedikit air untuk kuah...air pun ikut suka hangpa la nak kuah banyak letak la banyak.

Masukkan bahan2 lain kecuali daun ketumbar...perasakan dengan garam dan gula @ pak aji ( kalau suka )
dah siap hidangkan dan tabur dengan daun ketumbar...

pasti ahli keluarga terlebih sayang dengan hangpa bila makan siakap 3 rasa ni....try la...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan