Khamis, 13 Februari 2014

SPAGHETI

Spagheti ni pebret anak2..bukan anak jer bapak n mom also...jom kita intai2 resepi untuk sepahgeti yang marbelessss ni...jom...

emmmmm yummyyyy

fuyooo...masa ni tengah nak masuk dalam mulut...dan lagi snap ...ekekeke
RESEPI SPAGHETI ( UNTUK 5-6 ORANG MAKAN)

BAHAN-BAHAN

Sebungkus Spagheti - direbus- (jenama yang korang suka )
1 labu bawang putih- cincang halus
1 biji bawang holand ( besar )- cincang halus
1 tin tomato sup campbell/kimball
1 cawan daging kisar - ayam/daging ( aku guna isi ayam dicincang )\
sosej ayam - dipotong ( kuantiti ikut suka )
bebola ayam - belah dua ( kuantiti ikut suka )
sedikit oregano 
1 kiub ayam
sedikit cheddar cheese - diparut ( bagi rasa2 lemak gitu )
garam/gula/perasa

CARA MEMBUATNYA

Masuk sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang holand. Kacau supaya tidak hangit.

Bila dah wangi dan layu masukkan isi ayam, bebola ayam, sosej..masak lebih kurang 5 minit @ daging ayam masak.

Masukkan 1 tin tomato sup dan 1 tin air. ( guna tin tomato sup tu ). Masukkan semua bahan2 lain kecuali spagheti.. tunggu hingga mendidih dan tutup api. Selamat mencuba.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan